awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kuarantin masuk Sabah bagi individu lengkap vaksinasi - Masidi

Bernama
Bernama
05/10/2021
09:31 MYT
Tiada kuarantin masuk Sabah bagi individu lengkap vaksinasi - Masidi
Kuarantin wajib digugurkan kecuali bagi individu yang belum lengkap divaksinasi, individu bergejala sewaktu saringan kemasukan di pintu masuk dan ketibaan dari luar negara. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Tiada lagi syarat kuarantin wajib terhadap individu lengkap vaksinasi untuk masuk ke Sabah, kecuali ketibaan dari luar negara, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 negeri menerusi akaun Twitternya berkata demikian, sebagai merujuk SOP terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berhubung Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negeri itu yang dikeluarkan semalam.
Berdasarkan SOP tersebut, kuarantin wajib digugurkan kecuali bagi individu yang belum lengkap divaksinasi, individu bergejala sewaktu saringan kemasukan di pintu masuk dan ketibaan dari luar negara.
Bagaimanapun, setiap individu yang ingin masuk ke Sabah perlu mendapatkan kebenaran polis untuk rentas negeri serta membuat ujian saringan COVID-19 dengan keputusan negatif disahkan oleh klinik dan makmal melakukan ujian berkenaan.
Tempoh sah laku ujian saringan Rapid Antigen (RTK-Ag) adalah sehari manakala ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) adalah tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah, selain perlu mengisi borang deklarasi kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuarantin
#masuk Sabah
#vaksinasi lengkap
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan