awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi 'check-out', MySejahtera perkenal 'MySJ Trace' kesan kontak rapat - Khairy

Bernama
Bernama
26/12/2021
09:00 MYT
Tiada lagi 'check-out', MySejahtera perkenal 'MySJ Trace' kesan kontak rapat - Khairy
Khairy berkata, masyarakat digalakkan menggunakan ciri baharu itu apabila ke tempat awam yang tertutup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MySejahtera kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu 'MySJ Trace' untuk membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter hari ini berkata 'MySJ Trace' yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.
"Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan," katanya.
Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup.
Beliau turut memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.
Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.
"Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini," katanya.
MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#check out
#Khairy Jamaluddin
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan