Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had siling minimum hartanah RM500 ribu yang boleh dibeli warga asing di Malaysia.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, ini kerana peratus keseluruhan bilangan rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia masih kurang dari dua angka dan ia tidak mengganggu pembeli tempatan.
Chor berkata nilai itu munasabah bagi pembeli asing yang kebanyakannya mencari hartanah mewah di malaysia.
“Setakat ini kami mendapati bahawa bilangan warga asing yang membeli hartanah di negara ini masih sangat rendah. Masa ini kerajaan tidak akan mengkaji semula tetapi kita mungkin lakukan demikian pada masa depan kerana 500 ribu ini adalah jumlah yang kecil terutamanya bagi warga asing,”
Beliau berkata pelabur hartanah asing masih rendah dengan memberi contoh pelaburan di Iskandar dimana pelabur dari Singapura hanya sekitar lima peratus dari keseluruhan pembeli asing.
Namun Chor berkata, angka itu mungkin meningkat berikutan pembangunan sektor hartanah Malaysia yang semakin menarik minat mereka.
Selain itu, Chor berkata Malaysia kini sedang berkembang pesat menjadi hab pendidikan di rantau asia dan ia menarik minat ibu bapa dari China dan Asia Tenggara untuk memberli kediaman untuk anak mereka yang menyambung pelajaran di sini.
Astro Awani
Tue Feb 19 2013
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
MCA pecat 12 anggota langgar perlembagaan parti
Tujuh daripada mereka telah bertindak menjadi calon Bebas dan calon parti pembangkang bagi PRU14 manakala lima lagi menjadi pencadang/penyokong atau saksi kepada calon.
Tiada lagi kenaikan harga siling hartanah warga asing
Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had siling minimum hartanah RM500 ribu yang boleh dibeli warga asing di Malaysia.
13 kawasan rumah pangsa akan dibaik pulih
Projek kejiranan indah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diteruskan namum kawasan masih belum dikenalpasti
Kerajaan sasar kemudahan tandas mencapai 85 peratus tahap kebersihan
Langkah itu penting dalam memastikan rakyat Malaysia serta pelancong mendapat kemudahan sanitasi yang sempurna.
Kompaun RM1,000 bagi kesalahan buang sampah
Kompaun maksimum RM1000 akan dikenakan bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.