Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan tidak akan berlaku pelanggaran peraturan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong nanti.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, apa yang berlaku di PRK Sungai Kandis tempoh hari adalah mungkin kerana masih lagi terbawa-bawa budaya lama.
“Sebab benda dah selalu dibuat, jadi sekarang ini perlu kita perlu melihat bahawa ini sepatutnya tidak berulang lagi,” tegasnya.
Ia sebagai menjawab laporan badan pemerhati pilihan raya, Bersih 2.0 yang mendapati parti-parti politik yang bertanding, termasuk PH dan UMNO telah melanggar beberapa peraturan sepanjang 14 hari tempoh berkempen.
Kata Dr Wan Azizah, beliau mengambil serius perkara itu dan akan memastikan peraturan tidak lagi dilanggar dalam menepati prinsip mereka bahawa pilihan raya mesti bebas dan adil.
“Ada kalanya terbawa-bawa (tabiat) daripada dulu, malah Sungai Kandis juga adalah kali pertama kita adakan PRK (sejak menjadi kerajaan).
“Kita akan ikut garis-garis panduan yang diberikan supaya tidak mengulanginya lagi,” katanya selepas melancurkan buku ‘Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea’ di sini hari ini.
Laporan yang dikeluarkan Bersih 2.0 semalam itu mendapati tiga kesalahan yang dilakukan adalah pengagihan hadiah atau sumbangan, penggunaan harta dan program kerajaan serta amalan politik perkauman serta melibatkan agama.
Di bawah kesalahan pengagihan hadiah atau sumbangan, calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni didapati mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara percuma dan kempen pemeriksaan kenderaan dan menukar minyak motor secara percuma.
Sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam didapati mengagihkan makanan percuma pada kenduri rakyat anjuran UMNO Pahang semasa mengadakan ceramah.
Bagi kesalahan menggunakan aset kerajaan pula, beberapa pemimpin kerajaan didapati menghadiri pelancaran pusat operasi parti menggunakan kenderaan rasmi kerajaan, antaranya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar Arulanandam.
Sementara kesalahan membangkitkan isu perkauman dan agama, Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didapati berucap dengan mendakwa Kristian sudah menguasai Putrajaya dan menggunakan kedudukan mereka untuk menyebarkan agama berkenaan.
PRK Seri Setia dan Balakong diadakan serentak pada 8 September ini.
Israr Khalid
Sun Aug 19 2018
Dr Wan Azizah ambil serius laporan Bersih 2.0 dan akan pastikan kesilapan tidak lagi berlaku. -Gambar arkib.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.