awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi perubahan status sebagai kontak kasual di MySejahtera - Khairy

Bernama
Bernama
01/03/2022
04:34 MYT
Tiada lagi perubahan status sebagai kontak kasual di MySejahtera - Khairy
KHAIRY: "Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri." - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.
"Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).
"Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri," katanya.
Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes +ve, status di MySj akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning). Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri. #TRIIS pic.twitter.com/yS388WNFKH
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 1, 2022
Khairy turut memuat naik poster mengenai langkah meningkatkan penilaian kendiri COVID-19 Kementerian Kesihatan: Tingkatkan Penilaian Kendiri COVID-19 merangkumi lima peringkat iaitu 1: Test (Uji), 2: Report (Lapor), 3: Isolate (Asing), 4: Inform (Maklum) dan 5: Seek (Dapatkan rawatan).
Poster berkenaan antaranya menggesa orang ramai mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau Pusat Penilaian COVID-19 sekiranya alami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontak kasual
#Khairy Jamaluddin
#MySejahtera
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan