awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
25/07/2020
13:45 MYT
Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube
Tiada lagi video masakan Pavithra di saluran Youtube miliknya yang kini memiliki seramai 785 ribu subscribers.
Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra dipercayai telah memadamkan semua video masakan yang pernah dimuat naik di laman YouTube miliknya, Sugu Pavithra pada Sabtu.
Video masakannya yang menjadi inspirasi dan rujukan ribuan netizen sebelum ini dilihat kosong dan hanya tertera 'This channel doesn't have any content'.
Perkara itu mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen yang awal-awal lagi menghidu tindakan wanita berkenaan.
Adakah ia disebabkan oleh kontroversi yang menimpa suaminya baru-baru ini atau Pavithra, 28 tahun, sebenarnya mempunyai perancangan lain?
BACA: "Anugerah ini buat ramai sakit hati, biarkan kami hidup seperti orang biasa" - Pavithra
BACA: 'Saya maafkan suami' - Pavithra
Antara ciapan netizen yang boleh dilihat di platform Twitter adalah:
All the videos from Sugu Pavithra's YouTube channel appear to have been deleted.
— (@Krish_kumar22) July 25, 2020
sugu pavithra dah takde ke ni? boleh terima kalau dia nak ambil masa dengan family lepas kejadian sugu serang pavithra tu, tapi lepas ni nak tengok video memasak macam mana? dah lah tak sempat nak cuba resepi dia lagi. hmm harap dia kembali lah jadi youtuber pic.twitter.com/pUxmhnSSC2
— cik embun karina (@embunkarinapoet) July 25, 2020
Sugu Pavithra punya YouTube channel contents semua hilang dah?
— CikPuanDatinAmoi Buih Babahmu Turoi Bongkersz Bae (@bongkersz) July 25, 2020
WEH SUGU PAVITHRA DELETE SEMUA VIDEO KAT YOUTUBE DORANG KE ?!!!!!
— fqa dpt semua A exam ameen (@fqamansor) July 25, 2020
Pavithra baru-baru ini menjadi perhatian seluruh negara berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami sejak beberapa hari lalu.
Suaminya, M. Sugu, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Pavithra di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, antara jam 4 hingga 5 petang, pada 21 Julai lalu
Pasangan suami isteri itu sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya mahu menjalani kehidupan di masa hadapan seperti orang biasa.
Mereka enggan lagi dikenali sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.
Sehubungan itu, Pavithra meminta supaya mereka tidak lagi diberi sebarang anugerah di masa hadapan kerana merasakan mereka masih baharu dan tidak layak.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#masakan
#Sugu Pavithra
#Twitter
#wanita
#YouTube
#YouTuber masakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan