Majikan di negara ini tidak akan berdepan masalah sekiranya Indonesia mengambil keputusan menghentikan penghantaran pembantu rumah rakyatnya ke luar negara.
Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata kerajaan boleh mengambil beberapa langkah untuk jangka masa panjang dan pendek bagi memenuhi permintaan majikan itu.
Katanya untuk tindakan jangka panjang, pihak kerajaan dan swasta boleh mewujudkan pusat jagaan anak-anak di tempat kerja yang diawasi oleh pengasuh atau penjaga kanak-kanak terlatih.
"Idea ini dilihat bersesuaian pada masa kini, di mana ketika bekerja, ibu bapa masih boleh memantau keadaan anak-anak, kata beliau.
Ini berbanding anak-anak dihantar kepada pengasuh di mana agak kerap berlaku insiden kecederaan dan kematian anak ketika di bawah jagaan pengasuh, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Engku Ahmad Fauzi diminta mengulas mengenai permintaan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mahu wanita di republik itu berhenti bekerja sebagai pembantu rumah di negara luar.
"Amalan menghantar wanita Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah perlu dihentikan. Kita mesti mempunyai maruah dan harga diri," Joko dipetik berkata oleh agensi berita Antara.
Sehubungan itu, Joko telah meminta Menteri Tenaga untuk merangka formula dan pelan tindakan bagi memastikan Indonesia berhenti menghantar amah ke luar negara.
Engku Ahmad Fauzi berkata, kerajaan juga boleh menubuhkan sebuah institut bagi melatih bakal pembantu rumah di kalangan warga tempatan yang berkemahiran serta berkualiti.
"Institut ini akan berfungsi sebagai pusat pembelajaran mereka yang akan menjadikan pembantu rumah sebagai sebuah kerjaya atau profesyen yang dihormati kerana kepakaran dan kemahiran yang dimiliki mereka sebagai seorang amah," katanya.
Beliau berkata, untuk jangka masa pendek, kerajaan boleh membawa masuk amah dari negara seperti Bangladesh, Nepal, Myanmar, Kemboja, Sri Lanka dan Filipina.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) Jeffrey Foo menyokong langkah tersebut.
"Negara-negara seperti Kemboja, Bangladesh dan Nepal dipercayai tidak ada masalah untuk menyalurkan pembantu rumah rakyat mereka kepada majikan Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Feb 15 2015
ENGKU AHMAD FAUZI: Pihak kerajaan dan swasta boleh mewujudkan pusat jagaan anak-anak di tempat kerja yang diawasi oleh pengasuh atau penjaga kanak-kanak terlatih. - Sumber Foto Facebook Engku Ahmad Fauzi
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Tiada masalah Indonesia henti hantar amah - MAMA
Presiden MAMA berkata kerajaan boleh mengambil beberapa langkah untuk jangka masa panjang dan pendek bagi memenuhi permintaan majikan itu.
Kos pengambilan amah Indonesia boleh dikurangkan
Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) percaya kos pengambilan amah Indonesia boleh dikurangkan