Soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Pengarah Strategi parti itu, Sim Tze Tzin.
Malah, katanya, Dr Wan Azizah selaku calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor tidak akan menghadapi masalah untuk berkhidmat di dua kawasan berasingan.
Beliau berkata Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor.
"Bukan tak ada pemimpin yang ada dua kawasan berbeza sebagai ADUN dan Ahli Parlimen," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu pada sidang media harian PKR sempena PKR Parlimen Permatang Pauh, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan bagaimana Dr Wan Azizah boleh membahagikan masa untuk berkhidmat serentak di dua kawasan di Pulau Pinang dan Selangor sekiranya menang pada PRK itu.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah PKR bagi PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mansor Othman, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Sued Noh dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada DAP.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Salleh, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Dr Wan Azizah (PKR), dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
Bernama
Mon Apr 27 2015
Dr Wan Azizah tidak akan menghadapi masalah untuk berkhidmat di dua kawasan berasingan, DUN Kajang dan Parlimen Permatang Pauh.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.
Anwar mahu tawan semula Permatang Pauh
Anwar berkata Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara ini dan beliau akan terus membela nasib rakyat walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.
PRU15: Ahli Parlimen Permatang Pauh nafi anjur program isi minyak percuma
Muhammad Fawwaz berkata tiada sebarang arahan mahupun jadual dibuat berhubung acara yang dikhabarkan akan diadakan di tiga buah stesen minyak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, pada Isnin.
PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali
"Inilah demokrasi yang sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya."
PRU15: Tumbangnya 'legasi Anwar' di Permatang Pauh, Nurul Izzah tewas pada hari jadi
Selepas 40 tahun, Pas merampas kembali Parlimen Permatang Pauh, yang menjadi kerusi legasi 'keluarga Anwar' sejak 1982.
PRU15: Anwar selesai mengundi di Permatang Pauh
Sejurus menunaikan tanggungjawab, calon Parlimen Tambun itu mengambil peluang beramah mesra dengan pengundi.
PRU15: Isu kekecohan, calon BN Permatang Pauh sedia bekerjasama dengan polis
Isnin lalu, penganjur tapak pasar malam Penanti bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd Zaidi di laluan masuk pasar terbabit.
PRU15: Misi berbeza Zaidi, Nurul Izzah untuk tawan Permatang Pauh
Mohd Zaidi ikrar tangani isu pembangunan manakala Nurul Izzah pula mahu terus berkhidmat kepada pengundi di Permatang Pauh.
PRU15: 'Lembah Pantai cinta pertama saya, Permatang Pauh cinta abadi saya' - Nurul Izzah
"Kalau Lembah Pantai cinta pertama saya, Permatang Pauh cinta abadi saya" kata penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
PRU15: Nurul Izzah harap tidak digugur jadi calon, kekal di Permatang Pauh
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berharap kekal bertanding mempertahankan kerusi disandangnya di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).