awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada mesyuarat khas bincang pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu - Pejabat Premier Sarawak

Bernama
Bernama
21/01/2024
15:07 MYT
Tiada mesyuarat khas bincang pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu - Pejabat Premier Sarawak
Pejabat Premier Sarawak hari ini menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. - Gambar fail
KUCHING: Pejabat Premier Sarawak hari ini menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, pihaknya ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa terdapat mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkenaan.
"Berhubung perkara tersebut, Pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat untuk tujuan sedemikian," menurut kenyataan itu.
Semalam, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelantikan Yang Dipertua Negeri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baru-baru ini, dilaporkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014, bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pejabat Premier Sarawak
#Yang Dipertua Negeri
#mesyuarat
#DUN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan