Helikopter yang terhempas di Semenyih pada Sabtu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal.
"Adalah normal (helikopter) untuk terbang selepas mendapat kebenaran kecuali ia memerlukan keperluan (untuk menghubungi ATC)," katanya pada sidang media di sini, Ahad selepas kotak hitam helikopter malang itu diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan.
"Kami juga memeriksa sama ada terdapat panggilan "Mayday" atau panggilan kecemasan tetapi kami tidak menemui sebarang panggilan," kata beliau.
Menurutnya laluan penerbangan yang diluluskan bagi helikopter itu meliputi kawasan terbentang luas - Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Klawang, The Mines, Petaling Jaya dan berakhir di Subang.
Liow berkata juruterbang helikopter Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) itu, Clifford William Fournier Jr., mempunyai lesen sah bagi pemanduan pesawat jenis itu sejak 2012.
"Beliau telah menerbangkan pesawat sejak 2002 dengan hampir 13 tahun pengalaman terbang," katanya.
Liow berkata helikopter itu mempunyai perakuan layak terbang di bawah kategori Persendirian, yang kali terakhir diperbaharui pada 13 Feb tahun ini dan sah sehingga 8 Feb tahun depan.
Dikeluarkan oleh Airbus Helicopter, dan dahulunya dikenali sebagai Eurocopter France, pesawat itu dikeluarkan pada 1990 dan jangka hayatnya berusia 25 tahun setakat April tahun ini, katanya.
Penyenggaraan pesawat dijalankan oleh Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd dan pemeriksaan terakhir dibuat pada 29 Jan tahun ini manakala ujian penerbangan dijalankan pada 9 Feb.
"Pesawat ini disahkan mempunyai tahap keselamatan yang diluluskan," kata beliau.
Liow berkata Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan pasukan penyiasat yang diketuai Datuk Yahya Abdul Rahman, seorang penyiasat dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam siasatan kemalangan helikopter.
Pasukan itu mengandungi empat anggota manakala wakil yang bertauliah dari Perancis juga akan dijemput memandangkan negara itu mereka bentuk dan mengeluar pesawat dan enjin, katanya.
Liow berkata kotak hitam pesawat malang itu yang dibawa keluar dari lokasi nahas hari ini, akan dihantar ke Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, United Kingdom untuk analisis secara terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi.
"Kami memerlukan masa untuk mengeluarkan data (kotak hitam) dan juga masa untuk menganalisis data," katanya, sambil menambah ia mungkin mengambil masa kira-kira tiga hari untuk mengeluarkan data dan seminggu lagi untuk menganalisisnya.
"Kami komited untuk mencari punca nahas itu," kata beliau.
Helikopter itu, yang membawa enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor, pada 4.55 petang.
Mereka yang terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata Baizieva bukan pembantu juruterbang helikopter kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.
Bernama
Sun Apr 05 2015
Helikopter yang terhempas di Semenyih pada Sabtu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Gambar Fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan
Helikopter yang terhempas di Semenyih semalam tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Pasukan khas ditubuhkan siasat punca nahas helikopter - Liow
Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Semenyih dekat sini, petang Sabtu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.