Pasangan dan anak kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai Pas Lawatan Jangka Panjang, boleh memohon kebenaran untuk masuk ke negara ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Bagaimanapun katanya, pertimbangan kebenaran masuk itu hanya untuk pemohon dari negara-negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia sahaja.
"Bagi negara-negara yang dikenakan sekatan kebenaran masuk, permohonan kebenaran masuk tidak akan dipertimbangkan sehingga ada satu keputusan baharu menarik balik sekatan kebenaran masuk bagi negara-negara tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Khairul Dzaimee berkata, pemohon yang dibenarkan masuk ke Malaysia adalah isteri atau suami atau anak kepada warganegara Malaysia/Penduduk Tetap.
Menurutnya, suami dan isteri warga asing tersebut juga mestilah telah berkahwin secara sah mengikut undang-undang dikuatkuasakan di Malaysia, dan mendaftarkan perkahwinan dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau berdaftar dengan Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Luar Negara.
Khairul Dzaimee berkata permohonan perlu dibuat melalui e-mel [email protected] dan ia akan diproses serta dibawa ke mesyuarat Task Force Kemasukan Warga Asing ke Malaysia bagi penilaian sebelum kebenaran masuk diberikan.
Pemohon boleh melayari laman web www.imi.gov.my bagi mendapatkan tatacara dan panduan permohonanan masuk bagi kategori tersebut sebelum menghantar permohonan lengkap ke [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Khairul Dzaimee berkata permohonan perlu dibuat melalui e-mel dan ia akan diproses serta dibawa ke mesyuarat Task Force Kemasukan Warga Asing ke Malaysia bagi penilaian. - Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.