awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelancong China dirawat kerana koronavirus di HPP

Bernama
Bernama
30/01/2020
21:28 MYT
Tiada pelancong China dirawat kerana koronavirus di HPP
Video yang berdurasi selama 19 saat itu memaparkan unit rawatan Hospital Pulau Pinang yang didakwa dikosongkan berikutan terdapat warga China yang terkena jangkitan dan menerima rawatan di hospital itu. - Gambar fail
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menafikan terdapat pelancong dari China yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCov) seperti yang ditularkan dalam sebuah video pada Khamis.
JKNPP dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis berkata setakat ini, tiada kes yang disahkan positif koronavirus di Pulau Pinang.
"Pihak JKNPP sentiasa melaksanakan langkah seperti yang disyorkan oleh World Health Organisation (WHO).
"Selain itu, diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan mengambil video atau gambar di kawasan hospital tanpa kebenaran pihak hospital selaras dengan pekeliling yang dikuatkuasakan," menurut kenyataan itu.
Video yang berdurasi selama 19 saat itu memaparkan bahagian unit rawatan di HPP yang didakwa dikosongkan berikutan terdapat pelancong warganegara China yang terkena jangkitan dan menerima rawatan di hospital tersebut.
Video berkenaan mendapat perhatian warganet yang bimbang dengan penularan wabak berkenaan di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#China
#Hospital Pulau Pinang
#jangkitan
#koronavirus
#pekeliling
#pelancong
#pulau pinang
#unit rawatan
#video
#video tular
#World Health Organisation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan