NATIONAL
Tiada pembabitan ahli politik dalam kes kehilangan Pamela Ling

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tengah) bergambar bersama penerima-penerima sijil penghargaan pada Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara bersama Media Tahun 2025 di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Siasatan mendapati tiada pembabitan ahli politik dalam kes Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan tiada pembabitan ahli politik dalam kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu.
- Seramai 47 individu termasuk anak-anak dan rakan Pamela telah diambil keterangan, namun tiada petunjuk baharu mengenai keberadaannya setakat ini.
- Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke SPRM dan dipercayai diculik oleh individu berpakaian polis; siasatan masih aktif dijalankan dari pelbagai sudut.
Rusdi menambah, setakat Ahad, seramai 47 individu sudah diambil keterangan termasuk tiga anak Pamela di Balai Polis Woodlands, Singapura bagi membabtu siasatan kehilangan wanita berusia 42 tahun itu.
Menurutnya, polis turut merakam keterangan beberapa individu lain termasuk rakan Pamela yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung dakwaan Pamela mempunyai teman lelaki, beliau berkata, polis tidak dapat mengesahkan perkara itu.
Namun kata beliau, siasatan masih aktif dijalankan dari pelbagai sudut meskipun kes itu sudah berlaku sebulan lalu.
Pada masa sama, Rusdi memaklumkan setakat ini masih tiada petunjuk baharu mengenai keberadaan Pamela dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wanita itu masih berada dalam negara atau sebaliknya.
"Kita sudah buat semakan dan sehingga kini masih tiada petunjuk. Tidak nampak sebarang jejak ke luar negara," ujarnya.
Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 9 April lalu.
Isteri kepada ahli perniagaan dari Sarawak itu dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hailing dari Cheras ke pejabat SPRM dan saksi mendakwa kenderaan dinaikinya dihalang tiga kereta dan dia kemudian dibawa pergi oleh individu memakai pakaian polis.
Siasatan dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sekurang-kurangnya lapan individu dan lima kenderaan terbabit dalam insiden penculikan berkenaan.
Pada 15 Mei lalu, media melaporkan polis menahan suami Pamela berusia 50-an di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan namun permohonan reman terhadapnya, ditolak mahkamah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami