awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pencemaran air bawah tanah oleh Lynas

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
04/06/2019
05:25 MYT
Tiada pencemaran air bawah tanah oleh Lynas
Lynas Malaysia berkata mereka berjaya membuktikan tidak berlaku sebarang pencemaran air bawah tanah seperti yang didakwa sebelum ini di sekitar loji di Gebeng, Pahang. - Gambar hiasan
Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) berjaya membuktikan tidak berlaku sebarang pencemaran air bawah tanah seperti yang didakwa sebelum ini di sekitar loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.
Perkara itu turut disahkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (MESTECC), Dr Xavier Jayakumar, bahawa tiada pencemaran air bawah tanah yang disebabkan oleh Lynas.
Menurutnya, ujian terbaru yang dilakukan di sekitar kawasan Lynas memberikan bacaan negatif mengenai logam berat.
Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perubahan Iklim) MESTECC, Dr K. Nagulendran pada masa sama memberitahu, kementerian sentiasa memantau keadaan itu dan terbukti pencemaran berkenaan bukan berpunca daripada Lynas.
"Kenyataan ini selaras dengan pemantauan dan analisis air bawah tanah Lynas Malaysia sendiri. Adalah mengecewakan bahawa aktivis anti-Lynas membuat tuntutan mengelirukan tentang air bawah tanah dengan niat untuk mewujudkan ketakutan dan ketidakpastian dalam komuniti Malaysia mengenai operasi Lynas Malaysia.
"Bagaimanapun, penyiasatan saintifik yang betul telah membuktikan tuntutan ini palsu," katanya.
Lynas Corporation adalah sebuah syarikat yang mempunyai lombong dan menapis bahan nadir bumi.
Dalam pada itu, berhubung sisa-sisa yang dihasilkan di kilang Lynas Malaysia, aktivis anti-Lynas dilaporkan membuat kenyataan yang mengelirukan.
Sebagai rekod, Lynas Malaysia mengeluarkan dua jenis sisa pepejal iaitu NUF, gypsum sintetik dan sisa WLP, bahan fosfat besi.
Penyelidikan yang meluas mengenai penggunaan WLP dan NUF telah menghasilkan CondiSoil, sebuah konduktor tanah yang selamat yang membantu memperbaiki tanah yang bermasalah menjadikannya sesuai untuk tujuan pertanian.
Percubaan saintifik yang luas telah dilengkapkan oleh dua profesor dari Universiti Putra Malaysia serta Penyelidik Kanan Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Sahibin @Sahibini Abd Rahim.
Kajian ini telah dikaji semula oleh komuniti saintifik antarabangsa dan diterima oleh agensi kerajaan yang berkaitan.
Lynas akan terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan penyelesaian yang sesuai.
.
.
Kenyataan media Lynas Malaysia
Kenyataan media Lynas Malaysia
Topic Berkaitan
#Gebeng
#Lynas
#Malaysia
#nadir bumi
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan