awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penemuan buaya sepanjang operasi menyelamat - Polis

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2014
01:58 MYT
Tiada penemuan buaya sepanjang operasi menyelamat - Polis
SUPT AZMAN: Sepanjang pencarian kami tidak menemui walau seekor buaya pun - Gambar Fail
Sehingga kini tiada bukti kukuh yang diperolehi berkenaan dakwaan yang mengatakan 20 lagi mangsa tragedi tongkang karam di Kuala Sungai Air Hitam pada 18 Jun lalu, dibaham buaya.
Demikian menurut kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak yang ditemui sejurus selepas sidang media di sini hari ini.
“Sepanjang pencarian pihak kami dan agensi penyelamat yang lain iaitu dari tarikh kejadian itu berlaku sehingga kini, tiada bukti kukuh atau maklumat yang kita perolehi mengenai isu buaya ini.
“Malah pihak kami dan agensi penyelamat yang lain tidak menemui seekor buaya pun” katanya kepada Astro AWANI.
Supt Azman berkata lagi, berdasarkan kepada angin dan arus air mangsa mungkin dibawa ke kawasan tengah laut.
“Peratus untuk mangsa dimakan buaya sangat tipis, menurut kajian agensi penyelama dengan berdasarkan arus dan angin, mangsa lebih menjurus dibawa ke tengah laut” katanya lagi.
Namun Supt Azman tidak menolak kemungkinan ada mangsa yang sudah melarikan diri dan perkara berkenaan akan disiasat di peringkat tertinggi.
Setakat Sabtu, sembilan daripada 14 mayat tragedi tongkang karam sudah dituntut oleh waris mangsa selepas mendapat pengesahan daripada Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).
Topic Berkaitan
#karam
#Ketua Polis Daerah Kuala Langat
#Kuala Sungai Air Hitam
#Supt Azman Abdul Razak
#tongkang karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan