awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pengurangan kuota jemaah haji Malaysia

Bernama
Bernama
05/07/2018
20:37 MYT
Tiada pengurangan kuota jemaah haji Malaysia
Kedutaan Arab Saudi mengesahkan kuota haji bagi Malaysia tahun ini kekal 30,200 jemaah. -Gambar fail
Kedutaan Arab Saudi di sini mengesahkan kuota haji bagi Malaysia tahun ini kekal 30,200 jemaah.
Dalam satu kenyataan di sini malam tadi, kedutaan itu menyifatkan laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita bahawa Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji Malaysia, sebagai tidak berasas sama sekali.
"Kuota haji bagi jemaah Malaysia ditetapkan pada 30,200 orang," kata kedutaan itu.
Kenyataan itu selanjutnya menyebut 8,000 visa haji telah dikeluarkan oleh kedutaan itu menerusi tugas berterusan yang dijalankannya untuk menerima pasport jemaah Malaysia dan melengkapkan prosedur yang diperlukan pada hari yang sama, selaras dengan agensi yang menjaga hal ehwal jemaah haji Malaysia.
Kedutaan itu turut menegaskan kesungguhan Kerajaan Penjaga Dua Masjid Agung itu untuk memanfaatkan segala usaha dan kemungkinan serta melakukan segala yang diperlukan untuk membolehkan jemaah haji melaksanakan kewajipan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Haji
#jemaah
#jemaah malaysia
#kerajaan
#kuota haji Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan