MELAKA: Ketiadaan perjanjian rasmi dengan kerajaan negeri menjadi punca syarikat penerbangan komersial bertindak sesuka hati menamatkan perkhidmatan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata perkara itu secara tidak langsung mendorong kepada kegagalan LTAM beroperasi seperti yang dirancang.
"Sebab itu ...saya sedang merangka 'hitam putih' (memorandum persefahaman) yang antara isinya ialah tempoh operasi sama ada satu hingga tiga tahun dan mereka tak boleh tamatkan perkhidmatan sesuka hati," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 yang dipengerusikan Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di LTAM hari ini.
Beliau berkata setakat ini, tujuh syarikat penerbangan komersial termasuk dari Indonesia dan Singapura sudah dipelawa beroperasi di LTAM.
"Walaupun memorandum persefahaman ini masih dalam perbincangan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita mahu pastikan ia diwujudkan dan bukan lagi sekadar perjanjian mulut seperti dulu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan LTAM telah menghentikan operasi pesawat komersial dengan penerbangan terakhir ke Pulau Pinang pada Jun lepas manakala dari Pekan Baru, Indonesia pada 16 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Perkara itu secara tidak langsung mendorong kepada kegagalan LTAM beroperasi seperti yang dirancang. - Sinar Harian/Wikipedia/Tony Kansai
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
Melaka tunggu maklum balas 7 syarikat penerbangan komersial beroperasi di LTAM
Kerajaan negeri sedang menunggu maklum balas daripada tujuh syarikat penerbangan komersial untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.
Tiada perjanjian rasmi punca syarikat penerbangan tamatkan operasi di LTAM sesuka hati
Perkara itu secara tidak langsung mendorong kepada kegagalan LTAM beroperasi seperti yang dirancang.
Umat Islam perlu pertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak.
Pembukaan operasi LTAM rancakkan pelancongan Melaka - Exco
Penerbangan sulung dari P. Pinang dan Pekan Baru, Indonesia jadi peluang menaikkan kembali Melaka sebagai destinasi pelancongan utama.
LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba
Melaka perlu giat usaha dapat kelulusan tambah baik infrastruktur LTAM
Projek menaik taraf LTAM yang berjumlah RM200 juta pernah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 sebelum ini.
AirAsia berhasrat tawar lebih banyak laluan baharu menerusi LTAM
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada permintaan daripada penumpang bagi laluan yang ditawarkan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Melaka.
Sukan SEA 2019: Penarikan diri pemain senior bukan halangan skuad tenis
Pemain muda mampu menggalas cabaran Malaysia di Filipina.
Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM
Kerajaan negeri mahu membuka semula beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa bagi merancakkan sektor pelancongan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada tahun depan.
Status keperluan lapangan terbang di Melaka diketahui hujung tahun ini - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak konsultan yang dilantik bagi menjalankan kajian.