KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kes perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan, dari sudut perundangan, Malaysia jelas tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, dan ia tidak boleh didaftarkan.
Jelas beliau, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hanya perkahwinan antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan untuk didaftarkan.
"Justeru, dalam rekod JAKIM dan jabatan agama Islam negeri, tidak ada satu pun perkahwinan-perkahwinan yang melibatkan sama jenis yang didaftarkan.
"Hatta, kalau perkahwinan itu berlangsung juga dan apabila pihak ini ingin mendaftar, ini sesuatu yang mustahil kerana undang-undang memang tidak membenarkan.
"Berbeza dengan perkahwinan iaitu yang berlangsung antara lelaki dan perempuan, (walaupun) dia berkahwin di Thailand dan datang kembali ke negara untuk berdaftar, yang mana perkahwinan itu sah ikut hukum syarak. Maka perkahwinan itu boleh didaftarkan.
"Jadi terdapat perbezaan yang jelas yang mana perkahwinan yang bertentang dengan undang-undang sedia ada melibatkan lelaki dan perempuan, dan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading), yang meminta sama ada terdapat pendaftaran perkahwinan sama jenis yang direkodkan sejak di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 18 2023

Mohd Na'im menegaskan, dari sudut perundangan, Malaysia jelas tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, dan ia tidak boleh didaftarkan. - Foto Facebook/Dr Na'im

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

'Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod JAKIM' - Mohd Na'im
Jelas beliau, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hanya perkahwinan antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan untuk didaftarkan.

Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...
Identiti pengantin lelaki itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakan dia yang didakwa mirip seorang wanita.