awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada permit, polis panggil penganjur perhimpunan aman

Fareez Azman
Fareez Azman
01/05/2021
10:11 MYT
Tiada permit, polis panggil penganjur perhimpunan aman
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan siasatan awal mendapati perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen pada Jumaat tidak mempunyai permit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil penganjur perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di hadapan bangunan Parlimen pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, satu laporan polis juga telah dibuat berhubung perhimpunan itu pada hari yang sama.
"Semakan dapati tiada permohonan diterima oleh Cawangan Lesen IPD Dang Wangi oleh mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
"Kesemua yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan ini akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat," jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, ketika perhimpunan #BukaPuasaParlimen berlangsung, terdapat ucapan yang disampaikan yang pengisiannya mengenai tuntutan yang meliputi isu Undi18 dan juga membuka semula Parlimen serta menamatkan perintah darurat.
Selain itu, Mohamad Zainal berkata, turut dikesan terdapat individu yaang memegang plakad bertulis termasuk Rakyat Bangkit, Tamat Darurat, Bekerja Untuk Rakyat dan Buka Parlimen dan Tamat Darurat.
Kes tersebut, kata beliau, disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Pada Jumaat, lebih 90 individu berbuka puasa di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen dalam acara anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat.
Perhimpunan itu antara lain menuntut enam perkara termasuk meminta sidang Parlimen kembali dibuka.
Perhimpunan itu disertai Kumpulan Undi18, Sekretariat Solidariti Rakyat, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Bersih, Borneo Komrad, PSM, Suaram, Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany) dan beberapa sayap parti pembangkang.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#pembangkang
#perhimpunan
#pemuda
#polis
#Bersih
#puasa
#rakyat
#perintah darurat
#Undi 18
#ucapan
#protes
#kerajaan
#IPD Dang Wangi
#BukaPuasaParlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan