awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada prosedur kerja selamat punca mekanik maut dihempap mesin - JKKP Kelantan

Bernama
Bernama
27/01/2025
22:45 MYT
Tiada prosedur kerja selamat punca mekanik maut dihempap mesin - JKKP Kelantan
Seorang pembantu mekanik meninggal dunia selepas dihempap pemberat getah mesin penghantar atau conveyor semasa bekerja di sebuah kuari di Mukim Jerus, Selising pada Jumaat. - Gambar fail/IPD Pasir Puteh
KOTA BHARU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan mendapati ketiadaan prosedur kerja selamat dipercayai menjadi punca seorang pembantu mekanik maut di sebuah kuari di Mukim Jerus, Selising, pada Jumaat lepas.
Pengarahnya Abdul Aziz Salim berkata sepasukan penyiasat JKKP yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mendapati tiada prosedur kerja selamat diwujudkan berkaitan kerja-kerja merombak mesin penghancur batu.
Beliau berkata JKKP Kelantan telah mengeluarkan satu notis larangan bagi aktiviti kerja merombak kepada pihak pengurusan syarikat kuari itu.
"Pihak pengurusan dan pekerja syarikat terlibat telah dipanggil memberi keterangan lanjut bagi melengkapkan siasatan.
"Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati wujud pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya dalam kenyataan semalam.
Abdul Aziz berkata pihaknya memandang serius setiap kejadian kemalangan di tempat kerja dan menasihati majikan supaya lebih cakna terhadap aspek keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan aktiviti kerja.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pembantu mekanik meninggal dunia selepas dihempap pemberat getah mesin penghantar atau conveyor semasa bekerja di sebuah kuari di Mukim Jerus, Selising pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mekanik maut dihempap mesin
#JKKP Kelantan
#prosedur kerja selamat
#notis larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan