awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di Masjid Al Rawdah - Wisma Putra

Bernama
Bernama
25/11/2017
08:08 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di Masjid Al Rawdah - Wisma Putra
WISMA PUTRA memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di Masjid Al Rawdah, Sinai Mesir semalam.
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut di masjid Al Rawdah di perkampungan Al Radwa, Utara Sinai, Mesir, semalam.
Serangan itu, yang berlaku semasa solat Jumaat, mengorbankan 235 orang dan mencederakan 109 orang yang lain.
Wisma Putra, dalam kenyataan pada Sabtu, berkata Kementerian Luar memantau rapi keadaan itu, dan kedutaan Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu.
"Malaysia turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mesir, serta keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu," kata kementerian berkenaan.
Kementerian itu turut mengingatkan semua rakyat Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada pada setiap masa.
Rakyat Malaysia di Mesir juga dinasihati agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.
Menurut laporan media tempatan (seperti yang dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid.
Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut laporan media itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keluarga
#Kementerian Luar
#letupan
#mangsa
#Masjid Al Rawdah
#maut
#Mesir
#rakyat Malaysia
#serangan
#Sinai
#tembakan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan