awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Wipha di Filipina, Vietnam

Bernama
Bernama
22/07/2025
14:39 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Wipha di Filipina, Vietnam
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat Taufan Wipha di Filipina dan Vietnam, menurut pengesahan Kementerian Luar pada Selasa. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat Taufan Wipha di Filipina dan Vietnam, menurut pengesahan Kementerian Luar pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, kementerian menasihati rakyat Malaysia di kedua-dua negara itu agar terus berwaspada, mematuhi semua arahan pihak berkuasa tempatan dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi.
"Kementerian akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan memberikan makluman dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Taufan Wipha, yang kini menurun status kepada ribut tropika teruk, telah menyebabkan hujan lebat dan banjir, mengorbankan lima nyawa serta memaksa ribuan penduduk berpindah di Filipina.
Sejak 20 Julai, hujan lebat yang dikaitkan dengan monsun barat daya telah menjejaskan kawasan Luzon, Visayas dan sebahagian Mindanao, termasuk Metro Manila.
Di Vietnam, taufan itu dijangka membawa hujan sehingga 500 milimeter ke wilayah utara, dengan pihak berkuasa tempatan memberi amaran mengenai risiko banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan rendah dan pergunungan, menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian turut menggalakkan rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar dengan Kedutaan Malaysia terdekat supaya berbuat demikian bagi memudahkan penyampaian maklumat serta bantuan konsular.
Untuk bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Manila boleh dihubungi di talian +63 2 8662 8200 / 8662 8201 / 8662 8202 atau e-mel ke [email protected] / [email protected].
Di Vietnam, Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi boleh dihubungi di +84 24 3734 3849 / 3734 3820 / 3734 3832 atau e-mel ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiada rakyat Malaysia terjejas
#Taufan Wipha
#Filipina dan Vietnam
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan