awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Flydubai

Bernama
Bernama
19/03/2016
11:37 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Flydubai
Pasukan kecemasan Rusia dan penyiasat forensik menjalankan tugas di lokasi nahas. - Foto AFP
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian pesawat Flydubai Airline penerbangan FZ981 terhempas di Rostov-on-Don, Rusia pada Sabtu.
Pesawat itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, telah tersasar daripada landasan semasa cubaan mendarat sebelum terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don, kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini.
Menurut laporan, seramai 55 penumpang dan tujuh anak kapal terlibat dalam nahas itu.
"Kementerian Luar ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini," kata Wisma Putra.
BACA: Flydubai terhempas: Dubai umum warganegara mangsa
Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Moscow sedang memantau situasi itu dan akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari semasa ke semasa.
Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangan FZ981 dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Rusia terhempas ketika melakukan pendaratan.
Menurut kenyataan syarikat itu dalam laman webnya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia).
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#pesawat Flydubai terhempas
#tiada warga Malaysia nahas Flydubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan