SIPITANG: Kerajaan Sabah memastikan tiada rakyatnya tercicir dalam usaha pemberian vaksin COVID-19 walaupun mereka tinggal jauh di pedalaman negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah menjadi tanggungjawab serta amanah kerajaan negeri untuk melindungi rakyat, justeru pihaknya akan berusaha sedaya upaya memberikan vaksin walau berdepan cabaran terutama logistik dan kurang pemahaman mengenai vaksin tersebut.
Hajiji berkata program vaksinasi di Long Pasia di sini melalui Program Jiwa Murni, Army Combat Medic Vaccination Programme (ACMVP) adalah contoh kerjasama pelbagai pihak bagi merealisasi semua rakyat Sabah mendapat akses kepada vaksin COVID-19 walaupun berada jauh di pedalaman.
"Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan rakyat terima vaksin, kita tidak kira di mana mereka berada, ada tinggal jauh seperti di Long Pasia ini kita akan beri kemudahan (vaksin COVID-19) kepada mereka.
"Kita bawa vaksin untuk mereka ke sini yang memenuhi keperluan dan boleh digunakan rakyat kita di kawasan ini, saya lihat sambutan daripada penduduk kampung di sini amat menggalakkan dan mereka datang ramai-ramai dapatkan vaksin," katanya pada sidang media di Long Pasia di sini hari ini.
Program Jiwa Murni ACMVP adalah program kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Sabah untuk memberi suntikan vaksin di kawasan pedalaman, dan program selama dua hari di Long Pasia bermula hari ini menyasarkan pemberian 500 dos vaksin kepada penduduk.
Long Pasia terletak di kawasan pedalaman Sabah menempatkan kira-kira 700 penduduk terletak sekitar 300 kilometer dari barat daya Kota Kinabalu, dan juga terletak 1,000 meter atas paras laut di kawasan tanah tinggi Maligan.
Hajiji yang melihat sendiri proses vaksinasi dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Long Pasia itu berkata lebih banyak program kerjasama sebegini diharap dapat dilaksanakan di daerah lain bagi mempercepat usaha pemberian vaksin di Sabah.
"Sehingga semalam lebih 350,000 orang menerima vaksin dan kita berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap hari mulai bulan Julai ini," katanya yang turut mengumumkan peruntukkan RM570,000 bagi pembinaan dua jambatan gantung serta kemudahan awam lain di kawasan itu.
Sementara itu, Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid berkata program hari ini adalah Program Jiwa Murni ACMVP pertama di Sabah dan ATM akan meneruskan program tersebut untuk penduduk pedalaman di daerah Tongod, Nabawan dan Semporna tahun ini.
"Program ini penting bagi kita membantu mencapai imuniti berkelompok disasarkan kerajaan iaitu 80 peratus rakyat divaksin, kita menghantar seorang pegawai perubatan bersama lapan anggota vaksinator, kita juga gembira dapat bergerak bersama semua agensi dalam mencapai misi imunisasi rakyat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Kerajaan Sabah memastikan tiada rakyatnya tercicir dalam usaha pemberian vaksin COVID-19 walaupun mereka tinggal jauh di pedalaman - Gambar CMO Sabah.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji
Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA - Hajiji
Kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu.
Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan setakat 27 Sept - Hajiji
Sabah berjaya mencatat sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan untuk penduduk negeri itu setakat 27 Sept lepas menerusi pelbagai usaha kerajaan melalui PERKESO dan pelbagai agensi terlibat.
Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang membabitkan kewarganegaraan.