awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan

Bernama
Bernama
28/11/2024
22:30 MYT
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Ellron (berdiri tiga, kanan) ketika diperkenalkan kepada kontinjen Malaysia yang menyertai Kejuaraan SEA U18 Athletic Championship2024 di Stadium Likas. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM101.49 juta bagi pembangunan belia dan sukan di negeri itu tahun depan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata, peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM12.24 juta bagi menaik taraf fasiliti di Stadium Likas termasuk balapan.
"Ini merupakan proses berterusan untuk semua kemudahan sukan di negeri ini supaya kekal kondusif, selamat dan selesa untuk kegunaan atlet dan orang awam," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin pada majlis pembukaan Kejohanan Olahraga Belia Asia Tenggara (SEA) ke-16 di Stadium Likas, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Hajiji berkata, Sabah berbesar hati menjadi tuan rumah kejohanan tersebut yang merupakan acara utama untuk meningkatkan taraf olahraga dan mengeratkan persahabatan antara peserta negara yang bersaing.
"Kita semua akan meraih manfaat daripada acara sukan ini. Bagi pasukan Malaysia, ia satu peluang untuk bertanding dengan atlet terbaik dari rantau ini," katanya.
Lebih 200 atlet daripada 11 negara iaitu Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Timor Leste, Myanmar dan Malaysia menyertai kejohanan itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Sabah
#peruntukan RM100 juta
#pembangunan sukan
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan