awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi

Bernama
Bernama
18/11/2024
09:47 MYT
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Masidi berkata hutang SIP telah dilunaskan menerusi proses penstrukturan semula SMJE yang melibatkan pengumpulan dana sebanyak RM900 juta melalui program Sukuk Wakalah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata hutang SIP telah dilunaskan menerusi proses penstrukturan semula SMJE yang melibatkan pengumpulan dana sebanyak RM900 juta melalui program Sukuk Wakalah.
"Oleh itu, SIP tidak lagi menjadi beban kepada kerajaan dan kini menjana aliran tunai positif serta stabil daripada operasinya," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menutup operasi SIP memandangkan SMJE sudah diwujudkan.
Mengulas lanjut, Masidi berkata walaupun program Sukuk Wakalah itu terlebih langgan sebanyak 3.9 kali, SMJE buat masa ini tidak merancang untuk menggunakan baki RM10 bilion daripada sukuk tersebut.
Beliau berkata SMJE telah memperoleh portfolio seimbang dan mampu menggunakan dana yang dijana sendiri untuk membiayai operasi semasanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Masidi Manjun
#Sabah International Petroleum
#SMJE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan