awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM

Bernama
Bernama
14/05/2024
22:40 MYT
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Anwar Ibrahim ketika sesi plenari sempena Forum Ekonomi Qatar 2024, di Doha, 14 Mei 2024. --fotoBERNAMA
DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa berkata tiada secebis pun bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, telah dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.
"Tiada secebis pun bukti mengenai (penggunaan) kaedah pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa (berhampiran Malaysia).
"(Namun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka," katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Haslinda Amin pada Forum Ekonomi Qatar di sini semalam.
Beliau menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan di perairan negara.
Minggu lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.
Perdana Menteri, yang berada di Doha sejak Ahad, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#perairan Malaysia
#Forum Ekonomi Qatar
#minyak Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan