awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek pembangunan - KSN
MSN ada cukup masa lakukan persiapan LTDL 2026 - Jefri
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekolah ditutup, situasi influenza di Terengganu terkawal - JPNT

Bernama
Bernama
08/10/2025
21:50 MYT
Tiada sekolah ditutup, situasi influenza di Terengganu terkawal - JPNT
Pelajar yang menunjukkan gejala demam atau selesema dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan berehat di rumah sekiranya mengalami demam serta menjaga kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan tiada sekolah di negeri ini ditutup berikutan penularan kes influenza dalam kalangan pelajar.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Kamsah@Kamal Mohamed berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan penularan wabak itu sehingga menjejaskan operasi persekolahan.
"Setakat ini situasi masih terkawal dan tiada sebarang sekolah yang diarahkan tutup akibat jangkitan influenza dalam kalangan pelajar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan satu garis panduan berhubung pencegahan penularan jangkitan penyakit itu kepada semua sekolah di negeri ini.
"Pelajar yang menunjukkan gejala demam atau selesema dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan berehat di rumah sekiranya mengalami demam serta menjaga kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan.
"Selain itu, mana-mana pelajar yang disahkan menghidap influenza turut diarahkan menjalani kuarantin di rumah sehingga pulih sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata pihak sekolah turut diminta segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya terdapat kes disyaki atau pengesanan awal jangkitan di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Influenza
#JPNT
#sekolah ditutup
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan