awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
Pegawai tertinggi ATM hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan behubung kes rasuah
Hari penentuan di Old Trafford: Carrick dahului Solskjaer rebut kerusi interim Man United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sisa toksik dalam kes terbaharu sekolah di Pasir Gudang - Ketua Polis Johor

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2019
03:52 MYT
Tiada sisa toksik dalam kes terbaharu sekolah di Pasir Gudang - Ketua Polis Johor
Alat pengesan gas berbahaya yang digunakan ketika pemeriksaan pencemaran di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. - Foto JBPM/Fail
Polis Johor mengesahkan tiada pembuangan sisa toksik dikesan berhubung kes melibatkan 33 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih yang mengalami muntah dan loya pada Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
"Setakat ini, tak ada (pembuangan sisa toksik).
"Saya telah bercakap dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Seri Alam, setakat ini tiada pembuangan sisa toksik di mana-mana berkaitan dengan insiden yang terbaharu," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Pada Rabu, 33 murid sekolah tersebut mengalami simptom muntah dan loya selepas terhidu bau busuk.
Kesemua mereka dirawat di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.
BACA: Bomba sahkan SK Taman Pasir Putih bebas pencemaran udara
Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui.
Bagaimanapun, difahamkan ia terjadi disebabkan bau dari loji kumbahan yang terletak berdekatan dengan sekolah berkenaan.
Topic Berkaitan
#bau busuk
#loji kumbahan
#loya
#Mohd Kamarudin Md Din
#muntah
#Pasir Gudang
#pembuangan sisa toksik
#pencemaran
#sekolah
#SK Taman Pasir Putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan