awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi

Bernama
Bernama
06/07/2022
22:15 MYT
Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
ARJUNAIDI: Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai yang dibuat terhadap kedua-dua pegawai berkenaan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. -Bernama
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan bahawa tiada tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap dua pegawai kanan polis yang berada di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya, tengah malam semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman ke atas pusat hiburan berkenaan kira-kira 12.15 tengah malam, dua orang pegawai kanan polis berpangkat Asistan Superintenden Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Bukit Aman, didapati turut berada di dalam premis tersebut bersama pengunjung lain.
"Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai yang dibuat terhadap kedua-dua pegawai berkenaan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya.
Bagaimanapun katanya kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.
"Ingin ditegaskan bahawa, pihak polis tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia serta tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#Polis Diraja Malaysia
#arjunaidi mohamed
#Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan