SEJAK dilancarkan di Malaysia, telefon terbaharu daripada HONOR, X9b 5G khabarnya sudah mencecah RM10 juta nilai pratempahan hanya dalam tempoh seminggu.

Memang dahsyat sambutannya. Tapi apa yang hebatnya dengan telefon pintar ini?

Ini beberapa sebab kenapa HONOR X9b 5G adalah telefon yang ketika ini terhangat di pasaran dan perlu anda miliki hari ini:


Telefon yang paling tahan lasak

Tiada telefon pintar hari ini yang lebih teguh selain daripada HONOR X9b 5G.

Ia tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland.

Rintangan jatuh telefon pintar ini ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung AMOLED Ultra Tahan Lasak.

Berbanding pendahulunya, ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda, malah dinaik taraf waranti Perlindungan Skrin Retak Bahagian Depan & Belakang 365 Hari.


Biar apa pun dugaannya, HONOR X9b 5G tetap utuh teguh & berfungsi dengan baik!

Kuasa bateri telefon terbesar dalam segmen

Meskipun hanya seberat 185g dan senipis 7.98mm, HONOR X9b 5G dimuatkan dengan bateri berkapasiti besar 5800mAh, paling besar dalam segmennya.

Kuasa tersebut mencukupi untuk menghidupkan peranti ini sehingga tiga hari dengan penggunaan biasa, membolehkan anda menikmati sehingga 19 jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan.


Storan besar + UFS 3.1

HONOR X9b 5G hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya untuk ‘multitask’ yang lancar tanpa sebarang gangguan.

Prestasi turut dinaik taraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazim ada pada telefon pintar premium, yang membolehkan bacaan dan menulis juga dua kali ganda pantas berbanding pesaingnya dalam segmen kelas pertengahan.


Storan besar, muat turun sahaja apa yang dimahu!

Skrin yang menjaga mata dan beresolusi tinggi

HONOR X9b 5G mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K, pertama dalam segmennya 6.78 inci yang menawan, dengan 1.07 bilion warna, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan setinggi 1200nits.

Ciri-ciri tersebut menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik.

Penglihatan lebih selesa terjamin dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik, dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk hiburan tanpa gangguan.


Rekaan elegan

Sebagai perbandingan, rupa bentuk dan warna HONOR X9b 5G Sunrise Orange dan Midnight Black kedua-duanya sangat serupa dengan warna Huawei Mate 50 Pro.

Kedua-dua telefon varian jingga diperbuat daripada kulit dan tekstur kulit terasa sangat premium. Manakala untuk warna hitam, HONOR X9b 5G menggunakan kemasan matte. Kedua-duanya juga bebas kesan cap jari.

Reka bentuk yang diilhamkan dari seni ukiran halus jam tangan dan barang perhiasan mewah, HONOR X9b 5G memiliki ciri-ciri Rekaan Dwi Bulatan Klasik yang ikonik.


Selain Sunrise Orange dan Midnight Black, HONOR X9b 5G juga hadir dalam warna Titanium Silver.

Tapi apa yang membuatkan HONOR X9b 5G lebih unggul daripada pesaing-pesaingnya yang lain?

HARGANYA.

Dengan semua ciri maju dan unik sepertimana dinyatakan di atas, walaupun penampilannya sama dengan Huawei Mate 50 Pro yang mencecah RM4,299, HONOR X9b 5G hanya berharga RM1,499!

Bukan itu sahaja, setiap pembelian juga didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759 termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari dan puting telinga HONOR CHOICE Earbuds X5.

Apa lagi nak dikata? Dapatkan HONOR X9b 5G di kedai HONOR, laman web rasmi HIHONOR.COM, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis, Yes, Celcomdigi, dan Umobile.