Skip to main content

Malaysia

Tiada tindakan akan dikenakan terhadap Haziq - Anwar

41560524237_HaziqAziz.jpg
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terbabit dalam aksi intim bersama seorang menteri kabinet dalam video lucah.

Bagaimanapun, beliau berkata PKR akan menunggu siasatan polis terlebih dahulu dan tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru untuk menghukum sehinggalah Haziq terbukti bersalah.

Anwar bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pimpinan PKR Negeri Sarawak, di sini, hari ini.



-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video