KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dunia seolah-olah membenarkan jenayah pembunuhan beramai-ramai sekiranya tiada sebarang tindakan tegas diambil untuk membela rakyat Palestin dan mempertahankan bumi Gaza.
"Apa yang berlaku di Gaza dalam beberapa hari ini kalau dunia tidak berupaya (mengambil tindakan tegas) ialah dunia mengizinkan pembunuhan ramai-ramai ke atas rakyat Gaza dan Palestin," kata Anwar ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau dalam masa yang sama menegaskan, sesuatu yang lebih segera perlu dilakukan kerana negara-negara Barat dan Eropah telah mengambil sikap kepura-puraan dan keras terhadap Rusia berhubung isu Ukraine dan mengizinkan kezaliman.
"Setiap persoalan dalam pertemuan dan perbincangan, yang mereka ingin tahu daripada kita ialah tindakan Malaysia harus mengecam Hamas.
"Saya beritahu kita dari segi dasar memang ada hubungan dengan Hamas, dari dulu dan diteruskan.
"Oleh demikian, kita tidak bersetuju dengan sikap mereka untuk menekan kerana Hamas juga menang di Gaza melalui pilihan raya bebas dan rakyat Gaza memilih mereka untuk memimpin," tambah Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Malaysia berpendirian untuk bersama negara-negara jiran, Arab dan lain-lain termasuk China dan Rusia, yang disifatkan sebagai lebih menunjukkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin susulan kekejaman rejim Zionis.
Ujarnya, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir diberi mandat penuh untuk berbincang dan mengambil keputusan apa sahaja yang mungkin dalam menyegerakan bantuan kemanusiaan.
Selain itu, beliau memaklumkan akan berangkat ke Riyadh, Arab Saudi pada Khamis ini, bagi menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN, bagi mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel.
Selain itu, Zambry juga akan berangkat ke Jeddah malam ini, atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi sidang berkenaan.
"Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Oktober supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.
"Saya akan berbincang dengan teman lain, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Mesir dan Turki, sama ada perlu untuk mengadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin negara lain," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 16 2023
Ujar Anwar, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah diberi mandat penuh untuk berbincang dan mengambil keputusan apa sahaja yang mungkin dalam menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. - Foto Jabatan Penerangan
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
PM Anwar sampai Perutusan Negara 9 malam ini
Perdana Menteri dijangka menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.