KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak lagi akan bertolak ansur dengan kontraktor yang ingkar atau tidak cekap dalam melaksanakan projek infrastruktur di negeri ini, kata Primier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melaporkan kepada beliau mengenai status pelaksanaan projek di negeri ini amat membimbangkan.
Abang Johari berkata, setakat 27 Jan, daripada 215 projek yang sedang dalam pembinaan di negeri ini, tiga telah digantung, 34 tertangguh secara kritikal, 29 projek lewat daripada yang dijadualkan dan 149 projek mengikut jadual.
"Semua kontraktor diingatkan supaya serius dan lebih komited dalam melaksanakan projek di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak. Integriti dan profesionalisme mesti dipertahankan semasa pelaksanaan projek.
"Oleh itu, adalah penting bagi kontraktor mengambil kira kapasiti dan keupayaan mereka sendiri apabila melaksanakan projek kerajaan," katanya dalam ucapannya semasa Seminar 'Mempertingkatkan Industri Pembinaan Sarawak' yang diadakan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, selepas mendengar taklimat oleh agensi pelaksana masing-masing, beliau mendapati terdapat banyak isu dan cabaran yang dihadapi di lapangan termasuk kekurangan komitmen dan prestasi buruk kontraktor.
Beliau berkata, antara projek pembinaam yang tertangguh di negeri ini termasuk Galeri Sejarah Pentadbiran Limbang yang tertangguh kira-kira setahun serta projek menaik taraf lima bulatan di sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan yang tertangguh selama dua tahun.
"Projek galeri di Limbang hanyalah projek membina banglo dan saya tanya mereka (kontraktor) apa yang menyebabkan kelewatan? Mereka kata, ia disebabkan bumbung (banglo) belum sampai dari New Zealand. Saya bertanya kenapa anda perlu mengimport (dari New Zealand)?, kerana projek itu hanya RM10 juta.
"Inilah yang berlaku, ini bukan masalah kerajaan, ini kontraktor tetapi rakyat sentiasa menyalahkan kerajaan. Wang itu ada, tetapi tertangguh selama bertahun-tahun dan kami perlu mencari kontraktor penyelamat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Kerajaan Sarawak tidak lagi akan bertolak ansur dengan kontraktor yang ingkar atau tidak cekap dalam melaksanakan projek infrastruktur di negeri ini, kata Primier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan mengenai alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju
PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.
Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB
Kontraktor yang didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19 boleh diambil tindakan termasuk dibatalkan pendaftaran.
JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017
Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.
PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan Kontraktor kelas G1 dan G2 menyambung semula kerja pengubah suaian rumah
PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada MITI.
Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan dokumentasi projek dan proses cabut undi dalam talian terutama bagi projek berskala kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.