KUALA LUMPUR: Sebanyak 95 peratus atau 1,246 daripada 1,312 sampel di Malaysia yang menjalani aktiviti jujukan genom setakat ini dikenal pasti sebagai varian Delta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah sampel itu juga, sebanyak 11 sampel dikategorikan sebagai varian Beta, manakala 55 lain tergolong dalam bukan varian yang membimbangkan (VOC).

Jelas beliau, analisis jujukan jenom itu dijalankan secara konsortium dengan kerjasama tujuh makmal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Sampel yang diperoleh adalah dari semua Jabatan Kesihatan Negeri. Sehingga kini juga, tiada varian Mu dan Lambda dikesan daripada sampel-sampel di Malaysia.

"Konsortium akan terus memantau varian SARS-CoV-2 di Malaysia.

"Bagi membolehkan Konsortium menjalankan analisis jujukan genom, MOSTI turut mengumumkan tambahan dana RM13.9 juta. Dana ini membolehkan kesinambungan dalam menjalankan penjujukan genom memandangkan ia sangat penting untuk memantau varian-varian baharu di Malaysia," kata beliau pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.



Sempadan negara akan diperketat, elak varian baharu masuk Malaysia

Khairy (BN-Rembau) berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perancangan kesiapsiagaan Kementerian dalam menangani kemunculan varian-varian baharu COVID-19 yang membimbangkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL