awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada wabak demam babi Afrika (ASF) di Sarawak - Uggah

Bernama
Bernama
04/11/2019
21:30 MYT
Tiada wabak demam babi Afrika (ASF) di Sarawak - Uggah
Uggah berkata kerajaan negeri telah menguatkuasakan pengharaman import kesemua babi dan produk babi dari negara yang dijangkiti ASF termasuk daging babi dalam tin dari China. - gambar fail
Kerajaan Negeri Sarawak menafikan dakwaan terdapat wabak demam babi Afrika (ASF) di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan hanya satu sampel daripada 17 daging babi luncheon dalam tin diimport dari China didapati positif dalam ujian DNA virus itu pada 25 Okt lepas semasa ujian makmal menggunakan "Real Time Polymerase Chain Reaction (q-PCR)".
"Setakat ini tiada jangkitan demam babi Afrika pada babi di laporkan di dalam negeri ini. Penemuan DNA (asid deoksiribonukleik) virus itu pada daging babi di dalam tin itu tidak mengubah status bebas ASF Sarawak," katanya di dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin dilaporkan berkata, virus ASF di Sarawak belum mencapai peringkat yang membimbangkan dan tidak perlu orang ramai untuk panik, sambil berkata kementerian bekerja rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk menghadapi kemungkinan penularan virus itu.
Uggah berkata kerajaan negeri telah menguatkuasakan pengharaman import kesemua babi dan produk babi dari negara yang dijangkiti ASF termasuk daging babi dalam tin dari China sementara kesemua produk yang terjejas telah dikeluarkan daripada rak.
Setakat ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri merampas 220kg produk haiwan di semua pintu masuk ke negeri ini yang dibawa pelawat.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri akan menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi memastikan babi dan produk babi yang diimport adalah dari negara yang bebas ASF.
"Kesemua import memerlukan permit import dan penyeludup akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASF
#asid deoksiribonukleik
#Babi
#bebas ASF
#daging babi dalam tin
#Demam Babi Afrika
#DNA
#Douglas Uggah Embas
#Dzulkefly Ahmad
#import
#penyeludup
#permit
#produk babi
#rampasan
#Sarawak
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak
#virus
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan