awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada yang pertikai kerajaan PN tidak sah - Khalid Samad

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
16/03/2020
06:04 MYT
Tiada yang pertikai kerajaan PN tidak sah - Khalid Samad
ni kerana menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, pembentukan kerajaan PN adalah berdasarkan undang-undang yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan. - Gambar fail
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kerajaan yang dibentuk menerusi Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah dan tidak boleh dipertikaikan.
Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, pembentukan kerajaan PN adalah berdasarkan undang-undang yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.
“Jangan pertikaikan kesahihan itu. Istilah kerajaan 'pintu belakang' bukan istilah yang menolak hakikat bahawa kerajaan itu sah.
“Kerajaan PN adalah sah dan tiada orang pertikai kerajaan ini tidak sah dari sudut undang-undang. Cuma istilah 'pintu belakang' adalah kerajaan ini dibentuk dan ditegakkan dengan kaedah yang hina dan tidak berakhlak.
“Ianya bukan melalui pintu depan yang mana dipilih oleh rakyat untuk menduduki sebagai kerajaan,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah dalam Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor yang ke-14 hari ini bahawa pembentukan Kerajaan Persekutuan yang didakwa sebagai kerajaan 'pintu belakang' ataupun satu rampasan kuasa tidak bertepatan sama sekali dan hendaklah segera dihentikan.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Shah Alam
#Amanah
#Khalid Abdul Samad
#Parlimen
#Parti Amanah Negara
#Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara
#Perikatan Nasional
#PN
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan