Skip to main content

Malaysia

Tidak ada masalah untuk siarkan secara langsung prosiding kes Najib - Shafee

51530695584_ShafeeAbdullah.jpg
“Kami tidak ada masalah! Semuanya perlu telus. Kami tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan.”

Itu jawapan Peguam Tan Sri Dr Muhammah Shafee Abdullah ketika ditanya pemberita tentang cadangan untuk menyiarkan secara langsung kes Najib.

Sebelum ini Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang berkata kes mahkamah ini dilihat satu peluang untuk membersihkan namanya.

Shafee berkata demikian di perkarangan mahkamah selepas prosiding pengurusan kes Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video