Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Istana Negara mengenai dakwaan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkahwin.
Beliau dilihat enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai dakwaan perkahwinan yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Saya tidak tahu, saya tidak ada pengesahan rasmi, jadi saya tak boleh kata apa-apa," katanya apabila ditanya media di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan portal media antarabangsa yang mendakwa Sultan Muhammad V telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina di Barvikha, Rusia.
Sejak minggu lalu, beberapa gambar perkahwinan menunjukkan lelaki mirip baginda mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru tersebar di media sosial.
Diyana Ibrahim
Thu Nov 29 2018

Sultan Muhammad V (kiri) menerima hormat diraja pada istiadat perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya pada 31 Julai lalu. - BERNAMA

Belanjawan 2023 utamakan pertumbuhan ekonomi saksama berpaksi keadilan sosial
Kerajaan akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat menerusi Belanjawan 2023.

Pantau Kerajaan Baharu | Pemerkasaan TVET, perhalusi peluang anak tempatan
Segmen Pantau Kerajaan Baharu kali ini melihat kepada cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan supaya pihak swasta dan kerajaan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Semestinya, pemain industri mengharapkan yang terbaik khusus sekali dalam memacu bakat tempatan ke peringkat lebih tinggi. Ikuti perbincangan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Yu Cai Foundation gerakkan kutipan derma untuk tajaan biasiswa pelajar sekolah menengah B40
Semua dana yang dikumpul melalui kutipan derma ini akan disalurkan untuk menaja kos pendidikan pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40.

LRT rosak bukan sebab negara tiada pakar - Anthony Loke
Dakwaan sedemikian dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

Bas percuma ke Parlimen untuk Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan wartawan - Menteri
Bas pengantara disediakan Kementerian Pengangkutan dari KL Sentral.

Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.

COVID-19 | Hong Kong mansuhkan beberapa syarat ketat kemasukan
Hong Kong menyambung sepenuhnya perjalanan rentas sempadan ke tanah besar China berkuat kuasa 6 Februari ini. Ketua Eksekutifnya John Lee, ketika mengumumkan perkara berkenaan turut memaklumkan kuota kemasukan sedia ada dimansuhkan.

AS-China | Beijing siasat isu belon pengintip di dakwa AS
China sedang menyiasat insiden berkenaan belon pengintip yang dikesan di ruang udara Amerika Syarikat pada Khamis. Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Mao Ning berharap kedua-dua negara terbabit dapat merungkai isu ini dengan tenang.

Reformasi Polis | Biden dan Harris bertemu wakil kongres
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris bertemu ahli kaukus berkulit hitam di White House. Pertemuan tersebut bagi membincangkan reformasi perundangan berkaitan polis, yang kembali menjadi tumpuan selepas keganasan polis yang menyebabkan kematian Tyre Nichols bulan lalu.

Malaysia fokus tangani kos kenaikan pengambilan pekerja asing - Menteri
Kerajaan akan memastikan pekerja asing tidak menghadapi tekanan yang tinggi terutamanya dari segi kewangan.

Tidak ada pengesahan rasmi Agong berkahwin - Tun M
Perdana Menteri berkata beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Istana Negara mengenai dakwaan Yang di-Pertuan Agong telah berkahwin dengan seorang bekas ratu cantik dari Rusia.