Tidak ada isu luar biasa berhubung tindakan kerajaan menamatkan khidmat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak boleh diurus dengan baik oleh lembaga pengarah dan pengurusan sedia ada.
"Pemuda UMNO menyambut baik dan menyokong keputusan kerajaan untuk menamatkan khidmat Tun M sebagai Penasihat Petronas. Tiada yang luar biasa atas tindakan kerajaan itu.
"Petronas boleh diurus oleh lembaga pengarah dan pengurusan sedia ada. Bagaimanapun kerajaan mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memastikan Petronas diurus dan dijaga dengan baik," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas keputusan Kabinet pada Jumaat yang menamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada berkata Dr Mahathir tidak wajar memegang jawatan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan selepas tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.
Keputusan dibuat susulan tindakan bekas perdana menteri itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada 4 Mac lalu.
Petronas dalam pada itu turut menghormati sebarang keputusan kerajaan mengenai kedudukan Dr Mahathir sebagai penasihat syarikat minyak nasional itu.
Jelas Petronas dalam satu kenyataan, pelantikan penasihat Petronas adalah hak kerajaan Malaysia dan mereka menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 12 2016
KHAIRUL AZWAN: Tidak ada luar biasa berhubung penamatan khidmat Tun Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas. -Gambar fail
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
Unit Dana Bumiputera selesai rungutan usahawan - Pemuda UMNO
Unit Dana Bumiputera Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan rungutan usahawan dalam sistem penyampaian dana selama ini selesai dengan pendekatan tersendiri.
Sistem penyampaian dana Bumiputera masih lemah - Khairul Azwan
Sistem penyampaian dana khusus untuk Bumiputera terbukti masih lemah apabila masih ada pelbagai rungutan kesukaran mendapat maklumat serta proses birokrasi yang remeh.
'Segera bentang kandungan kotak hitam MH17' - Azwan Bro
Kerajaan digesa segera membentang kandungan dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang diserah kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom kepada umum.
Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Azwan Bro
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini memfailkan saman ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam isu ketirisan hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengaitkannya baru-baru ini.
Syarikat farmaseutikal perlu buktikan KPI dalam R&D - Azwan Bro
Pemuda UMNO meminta kerajaan memberi penekanan kepada syarikat farmaseutikal untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjadikannya Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kepada mereka.
Cabaran debat AMK: Nik Nazmi, cukup-cukuplah buat cabaran lapuk - Azwan Bro
Nik Nazmi disaran berhenti menggunakan taktik lapuk apabila mencabar Khairy Jamaludin atau pendakwaraya, Muhammad Shafee berdebat mengenai hukuman liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah - Azwan Bro
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengguna bangkit dan menunjukkan kuasa pembeli kepada orang tengah dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan.
Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Pemimpin UMNO jangan beri muka kumpulan haluan kanan - Azwan Bro
Pimpinan tertinggi UMNO diminta tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik haluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepentingan kepada kaum Melayu.