KUALA LUMPUR: "Tidak akan ada AirAsia tanpa Datuk Pahamin A Rajab," kata pengasas bersama AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengenai pemergian pengasas bersama dan bekas pengerusi syarikat penerbangan tambang rendah itu.
"Dengan sangat sedih salah seorang pengasas bersama asal @flyairasia meninggal dunia dalam penerbangan ke London. Tiada AirAsia tanpa Datuk Pahamin. Beliau adalah rakyat Malaysia yang hebat, seorang patriot sejati dan seorang kawan yang baik," kata Fernandes, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk AirAsia, Capital A Bhd, dalam catatan di Instagramnya.
Beliau berkata walaupun mereka tidak begitu selalu berjumpa, Pahamin sentiasa berhubung dan seorang penyokong yang hebat.
"Kami akan memberikan penghormatan yang sewajarnya," kata Fernandes.
Pengerusi Eksekutif Capital A dan seorang lagi pengasas bersama, Kamarudin Meranun, turut menzahirkan ucapan takziah di laman Instagram.
"Dengan rasa yang amat sedih, saya menerima perkhabaran bahawa insan kesayangan kami ibarat bapa, abang, sahabat dan bekas pengerusi AirAsia atau kini dikenali sebagai @flyairasia telah meninggal dunia malam tadi," katanya.
Pemergian Pahamin telah dikongsi oleh menantunya, pelakon Azhar Sulaiman menerusi hantaran video di Instagram, awal pagi ini.
"Assalamualaikum semua, saya nak maklumkan bapa mentua Datuk Pahamin A Rajab baru meninggal dunia. Beliau baru sampai London, kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees berada di London," katanya.
Pahamin, 77, pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

"Tiada AirAsia tanpa Datuk Pahamin. Beliau adalah rakyat Malaysia yang hebat, seorang patriot sejati dan seorang kawan yang baik," kata Fernandes.

Shah Firdaus percaya boleh cabar emas jika kemenangan separuh akhir pertama tidak batal -
Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.

Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.

Speedy Tigers jadikan Indonesia mangsa belasahan seterusnya
Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini, hari ini
![[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas [KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695911075_MalbattMisiBakara.jpg)
[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas
Pegawai dan semua peringakat MALBATT terdiri daripada golongan professional yang cukup terlatih dan berdisiplin.

Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Move Digital kini jenama baharu bagi airasia Digital
Cabang digital Capital A Bhd, airasia Digital Sdn Bhd, dijenamakan semula sebagai Move Digital Sdn Bhd sekali gus menjadi langkah strategik bagi menekankan komitmennya terhadap perjalanan.

Pesawat A321 Teleport bolehkan tawaran khidmat logistik pada harga berpatutan - Tony
A321F akan membolehkan perkhidmatan logistik ditawarkan pada harga berpatutan, berkhidmat sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya.

Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR, tumpu bangun semula perniagaan penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).

Tidak akan ada AirAsia tanpa Pahamin, kata Fernandes
Fernandes berkata walaupun mereka tidak begitu selalu berjumpa, Pahamin sentiasa berhubung dan seorang penyokong yang hebat.

AirAsia lebarkan sayap, tambah 19 pesawat A320 tahun ini
Ia bakal menyokong usaha syarikat itu untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-14 di Skytrax
AirAsia telah dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 untuk kali ke-14 berturut-turut, sekali gus menjadikan syarikat pene

Tony Fernandes sedia berundur dari dunia penerbangan, sudah ada pelan penggantian
Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan sedia untuk berundur daripada barisan hadapan industri penerbangan itu bila-bila masa.

Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.

airasia ride rancang masuki pasaran Singapura menjelang Jun 2023
Capital A Bhd merancang melancarkan perkhidmatan e-hailingnya, airasia ride, di Singapura pada Jun tahun ini.