awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak boleh ambil mudah keyakinan rakyat kepada pentadbiran Selangor - Amirudin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/04/2023
15:21 MYT
Tidak boleh ambil mudah keyakinan rakyat kepada pentadbiran Selangor - Amirudin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kepercayaan tersebut diterjemahkan selama hampir genap lima tahun sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tidak lama lagi. - Gambar fail/BERNAMA
KLANG: Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh ambil mudah keyakinan yang ditunjukkan oleh rakyat dan komuniti perniagaan terhadap pentadbiran negeri, yang ketika ini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kepercayaan tersebut diterjemahkan selama hampir genap lima tahun sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tidak lama lagi.
“Sehingga 15 Mac ini, pentadbiran ini telah berjaya mengutip RM893.11 juta, iaitu hampir 45 peratus daripada sasaran keseluruhan bagi tahun 2023.
“Ini telah kita berjaya kutip dalam tempoh kurang daripada tiga bulan pertama tahun 2023.
“Kita tidak boleh ambil mudah keyakinan ini dan saya berharap keyakinan prestasi pungutan hasil negeri juga diterjemahkan dalam minggu dan bulan yang akan datang, Insya-Allah,” katanya di sini pada Ahad malam.
Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke program berkenaan, diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sekitar pukul 8.40 malam.
Berucap lanjut, Amirudin berkata Kerajaan Negeri sebelum ini buat julung kalinya turut mengumumkan insentif khas yang dinikmati oleh penjawat-penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Selangor hasil kejayaan prestasi pungutan hasil.
Ahli Parlimen Gombak itu menambah, beliau dan pimpinan negeri sentiasa berikhtiar untuk memastikan Negeri Selangor terus menjadi kediaman yang sentosa dan aman buat seluruh rakyat negeri itu.
Dalam masa sama, Amirudin berkata negeri Selangor akan terus mara untuk melahirkan insan dan generasi yang berilmu.
“Islam agama yang benar dan suci, memandang tinggi mereka yang mengejar ilmu, menggendong adab dan mendukung akhlak.
“Kita haruslah belajar dari sejarah Islam yang dahulunya melahirkan ramai insan mutaffanin, Renaissance Man, atau sekarang yang dikenali sebagai ‘polymath’.
“Kita mahukan generasi muda akan datang mahir dengan ilmu tafsir Al-Quran dan Hadith dan pada masa yang sama menguasai teori fizik kuantum atau fasih dengan sejarah seni moden Asia Tenggara,” ujarnya.
Sebelum ini, Amirudin memaklumkan enam Menteri Besar mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Topic Berkaitan
#Selangor
#pentadbiran negeri
#keyakinan rakyat
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan