awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak dapat mengerjakan haji, satu ujian - Sultan Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/07/2020
04:30 MYT
Tidak dapat mengerjakan haji, satu ujian - Sultan Perak
Sultan Nazrin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Briged Utara PGA, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
Umat Islam hendaklah menganggap ketidakcapaian hasrat untuk melakukan ibadah haji pada tahun ini sebagai satu ujian yang memerlukan pengorbanan.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, disebabkan perlunya langkah-langkah pencegahan menangani wabak COVID-19, umat Islam di serata dunia tertangguh untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini.
“Setiap yang berlaku, ditentukan oleh Ilahi. Hanya Allah yang maha mengetahui rahsia yang terselindung dan hikmah yang tersembunyi di sebalik penangguhan melakukan ibadah haji pada tahun ini.
“Semoga Allah menggantikan pengorbanan ini dengan ganjaran yang lebih baik.
"Kepada Allah kita berdoa agar mempertemukan kita sebaik penyelesaian bagi menghadapi wabak COVID-19 yang begitu mengancam kehidupan alam ketika ini,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah sempena Majlis Sambutan Aidiladha dan Memperingati Hari Pahlawan di Dataran Kem Syed Putra, Jalan Tambun, di sini, hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris.
Baginda bertitah, ketika melalui perjalanan hidup, setiap insan harus menempuhi pelbagai liku ujian, yang ada kalanya memerlukan pengorbanan.
“Walau seberat mana pengorbanan yang perlu dilakukan, seseorang insan yang kukuh imannya, akan mentafsirkan bahawa setiap yang berlaku, memiliki hikmah,” titah Sultan Nazrin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ibadah haji
#Ibadah Korban
#korban
#Mekah
#rukun islam
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
#tangguh
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan