KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke Thailand seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini kerana perkara itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini, yang antara lain melarang sebarang aktiviti mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunakan ketum secara haram.
"Ini mungkin permintaan peribadi Menteri Besar. (Namun) pada ketika ini memang kita tidak akan benarkan (penjualan daun ketum) untuk apa-apa tujuan pun mengikut akta sedia ada," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen 'Kita Demi Negara' di sini hari ini.
Semalam Sanusi dilapor mencadangkan kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand bagi tujuan perubatan.
Beliau berkata daun ketum khususnya yang ditanam di Kedah, mendapat permintaan tinggi terutama di negara jiran itu, kerana dikatakan gred paling baik untuk tujuan perubatan dan dijadikan pil atau minuman kesihatan.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata KDN kini hanya menunggu untuk sempadan negara dibuka semula, kerana semua persediaan penuh daripada segi kawalan keselamatan telah dilakukan lebih awal.
Persediaan awal dilakukan semua agensi terlibat bermula 1 Mac lepas, walaupun sebelum itu tarikh pembukaan sempadan negara belum diumumkan.
"Sebenarnya KDN sudah sangat bersedia untuk pembukaan semula sempadan negara dari awal lagi, dan sebelum buka (sempadan) pun beberapa kajian perlu dilakukan, jadi tiada masalah bagi kita," katanya.
Menurutnya, isu aspek kawalan keselamatan di sempadan negara juga tidak sepatutnya timbul kerana kesemua agensi di bawah kementeriannya telah melakukan yang terbaik selama ini.
Pada 8 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumunkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini selaras negara memasuki fasa peralihan endemik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Hamzah berkata ini kerana perkara itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini. - Gambar fail

Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC, laksana program kesedaran & latihan
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

Danial Zaini sah bergelar suami kepada Yasmine, beri wang hantaran RM17,777.77
Dalam majlis yang cukup indah itu, turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaharu Danial Zaini yang bertajuk -HATI- yang ditulis khas oleh Danial sendiri.
![[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) [TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976231/thumbnails/20519348501656733233276_640x360.jpg)
[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya. #AWANInews #MalaysiaSihat

'Tak sabar balik Malaysia bawa baby' - Raja Ilya selamat bersalin anak sulung
Raja Ilya menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.

AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa

Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan
Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan

GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC sebagai Ahli Lembaga Pengarah - PM Ismail Sabri
Langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

3 maut, 19 cedera gempa bumi kuat gegar selatan Iran
Gempa direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh.

AWANI Ringkas: Subsidi ke atas barangan akan kekal

Op Patuh tamat susulan negara dalam fasa peralihan ke endemik - Hamzah
Op Patuh ditamatkan pada 25 Jun setelah setahun digerakkan berikutan negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Penggunaan logo Pas pada PRU15 sedang dibincangkan - Hamzah
Perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Rekalibrasi PATI: Tiada kompromi selepas 30 Jun - Hamzah
Seramai 282,581 pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah berdaftar untuk pulang secara sukarela sehingga 23 Jun lalu.

Isu warga Indonesia pegang kad pelarian, KDN sedang kumpul bukti - Hamzah
Hamzah berkata setakat ini pihaknya belum mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu.

NIISe bernilai RM1 bilion mampu pertingkat, modenkan sistem imigresen negara - Hamzah
Ia akan menjadikan sistem imigresen negara terus relevan terutamanya dari segi penyampaian perkhidmatan dan memastikan kedaulatan negara.

Bersatu boleh 'duduk' dengan Pas, sebab parti itu ikhlas - Hamzah
Bersatu boleh jalin kerjasama bersama Pas di dalam Perikatan Nasional (PN) kerana kedua-dua parti itu terbukti mempunyai keikhlasan dan tanggungjawab terhadap kepentingan rakyat.

Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak beri kesan tugasan PDRM - Hamzah
Keputusan itu dilihat akan turut membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan terhadap sesuatu kes yang berkaitan.

Persidangan Agung Tahunan Bersatu pada 12 -13 November depan
Persidangan Agung Tahunan (PAT) Parti Bersatu akan diadakan dari 12 hingga 13 Nov depan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah puji pengurusan keselamatan, sempadan Turkiye
Malaysia ingin memainkan peranan dalam memperjuangkan dunia yang lebih baik dengan menjalin kerjasama dengan semua pihak.

Ahmad Maslan jangan rasa besar sangat - Hamzah
Hamzah berkata ketika ini Bersatu merupakan parti yang kuat dan mempunyai wakil dalam barisan Kabinet.