Tawaran untuk tidak menaikkan tol selama tempoh 20 tahun menerusi pembidaan pengambilalihan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) boleh merisikokan keselamatan jalan raya kerana ia akan menyukarkan untuk membiayai peningkatan ketara kos penyenggaraan, demikian menurut seorang pakar keselamatan pekerjaan.
Dr Mohamad Syazli Fathi, Timbalan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Teknologi Malaysia, skeptikal dengan tawaran itu dalam keadaan peningkatan berterusan harga kos bahan mentah, terutamanya bitumen dan simen.
Ini, ditambah dengan kenaikan kos penyenggaraan dan operasi akan menjejaskan apa juga pendapatan tambahan yang diperoleh daripada peningkatan trafik sepanjang lebuh raya sejauh 772 kilometer itu yang merentangi semenanjung Malaysia, katanya.
"Ada yang perlu dilepaskan sekiranya tiada kenaikan tol, sekali gus merisikokan keselamatan jalan raya," katanya kepada Bernama dalam perdebatan umum mengenai rancangan oleh Maju Holdings Sdn Bhd yang mengumumkan bidaan berjumlah RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS daripada pemiliknya sekarang, UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menerusi bidaan itu, Maju Holdings menyatakan ia tidak akan menaikkan bayaran tol bagi tempoh 20 tahun.
Dr Syazli, yang mengetuai Kumpulan Penyelidikan Kualiti Pembinaan dan Penyenggaraan (CQM) universiti itu berkata penyenggaraan lebuh raya utama seperti PLUS tidaklah semudah seperti yang disangkakan oleh orang ramai memandangkan hakikat bahawa semakin rancak aktiviti ekonomi dan pembinaan dengan pembukaan kawasan-kawasan baharu, kesan alam sekitar akan menjadi lebih buruk dengan penggunaan lebuh raya yang terlalu kerap.
Apa yang tidak disedari oleh ramai orang ialah perubahan iklim yang boleh menjadi lebih ketara pada masa depan, katanya.
"Sebagai contoh, biasanya apabila kita memperkatakan mengenai banjir yang berlaku saban tahun kita hanya memikirkan negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan danTerengganu. Tetapi kini banjir juga berlaku di Johor, Kedah dan beberapa negeri lain," katanya.
PLUS juga terpaksa menanggung kos tinggi untuk penurapan dan penyenggaraan pelbagai cerun dengan menggunakan kaedah teknologi terkini seperti penggunaan sensor (pengesan) yang menjadi semakin mahal.
Pengguna lebuh raya juga perlu mengambil kira perkara ini untuk melihat kewajaran mengapa kenaikan tol tidak boleh dielakkan.
"Meskipun semua ini, PLUS hanya menaikkan tol sebanyak 5.0 peratus setiap tiga tahun sekali berbanding sehingga 40 peratus oleh 17 pemegang konsesi lain dan tidak pernah menaikkan tol sejak 2005. Saya percaya mereka boleh berbuat demikian kerana UEM dan KWSP merupakan entiti milik kerajaan.
"Jadi ia perlu kekal dalam kawalan kerajaan dan dan demi kepentingan 14.5 juta ahli KWSP yang mendapat manfaat daripada pelaburan ini," kata Dr Syazli.
- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
Ada yang perlu dilepaskan sekiranya tiada kenaikan tol, sekali gus merisikokan keselamatan jalan raya, kata pakar. -Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama
Program inisiatif BAITI menawarkan bantuan kewangan kepada golongan M40 memiliki rumah pertama mereka di Lembah Klang dan Selangor.
KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023
KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023.
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara
Persidangan berkenaan dilihat mampu mencari penyelesaian dan menambah baik sistem perlindungan sosial di negara ini.
Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi
Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan.
'Potong 20 peratus subsidi petrol, salurkan kepada dana pencen KWSP' - Penganalisis
20 peratus subsidi petrol wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan dan disalurkan kepada dana pencen kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Akaun 2 jadi cagaran: KWSP masih perinci kaedah, menilai semua faktor
KWSP sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik serta pertimbang semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
KWSP umum dividen 5.35 peratus untuk konvensional, 4.75 peratus untuk syariah
KWSP mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.
Semakan status pengeluaran khas KWSP bermula 9 April
Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.