awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak pakai topeng penutup hidung dan mulut bukan kesalahan - Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/05/2020
07:53 MYT
Tidak pakai topeng penutup hidung dan mulut bukan kesalahan - Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, pemakaian topeng penutup hidung dan mulut tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang. - Gambar hiasan
Pihak pasar raya atau kedai tidak boleh menghalang orang ramai yang tidak memakai topeng penutup hidung dan mulut daripada memasuki premis mereka.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pemakaian alat perlindungan diri (PPE) itu bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
Bagaimanapun, kerajaan, kata beliau, amat menggalakkan semua pihak mengambil tanggungjawab untuk memakainya terutama mereka yang bergejala seperti batuk dan selsema.
"Tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup muka dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.
"Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu," katanya dalam sidang media harian pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menyarankan semua premis perniagaan menjual sekeping topeng penutup hidung dan mulut di pintu masuk premis bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
"Bagi mengelakkan pelanggan pulang dengan tangan kosong kerana tiada penutup hidung dan mulut,saya minta agar pengurusan pasar raya dan kedai menjual bahan berkenaan kepada pengguna di pintu masuk.
"Saya mencadangkan pasar raya letakkan (topeng penutup hidung dan mulut) di luar dan jual jika itu diperlukan dan ditetapkan kepada pelanggan mereka, tetapi perlu diingatkan pemakaian topeng muka tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang," jelasnya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#menteri
#rumah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan