awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu bimbang COVID-19 di China, tingkatkan pemberian dos penggalak - Pakar

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/01/2023
10:09 MYT
Tidak perlu bimbang COVID-19 di China, tingkatkan pemberian dos penggalak - Pakar
Prof Madya Dr Malina Othman berkata, fenomena yang dialami China ketika ini adalah sama dengan pengalaman negara-negara lain. - Gambar fail Astro AWANI
Kuala Lumpur: Tidak ada kebimbangan yang ketara susulan peningkatan kadar jangkitan COVID-19 di China, memandangkan ia bersifat sementara.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Othman, fenomena yang dialami China ketika ini adalah sama dengan pengalaman negara-negara lain.
"Seandainya disahkan secara saintifik apa yang berlaku di China adalah disebabkan oleh subvarian Omicron BA.5.2 dan BF.7 saya melihat tidak ada sebenarnya kebimbangan yang ketara ketika ini.
"Maksudnya apa yang dialami di China sama seperti dialami di tempat-tempat yang lain," jelasnya ketika ditemu bual dalam program Pantau Kerajaan Baharu terbitan Astro AWANI.
96.5 PERATUS SAMPEL AIR KUMBAHAN DIKESAN ADA VIRUS COVID-19 - DR NOOR HISHAM
Sehubungan itu, Dr Malina menggalakkan orang ramai mendapatkan perlindungan tambahan dengan mendapatkan dos penggalak khususnya bagi golongan yang berisiko.
"Kita tahu dalam tempoh setahun ini kita melalui fasa peralihan ke endemik. Kebanyakan daripada kita dalam honeymoon period. Maksudnya kita seolah-olah baru kebah daripada sesuatau kesusahan dalam konteks masyarakat," jelas beliau.
Menyentuh strategi Kementerian Kesihatan untuk menangani isu yang berbangkit ini, Dr Malina menjelaskan, kerajaan harus mengkaji langkah penguatkuasaan yang realistik jika ada rancangan untuk mengetatkan sempadan negara.
"Pada pandangan saya untuk mengetatkan sempadan negara, ia tidak tertumpu kepada mereka yang berada di negara China. Strategi itu dilihat tidak realistik memandangakan mereka boleh saja masuk ke Malaysia melalui mana-mana negara lain," ujar beliau lagi.
Pantau Kerajaan Baharu | Tiada diskriminasi soal kesihatan rakyat: Apa strategi?
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#dos penggalak
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan