Tiada keperluan untuk Lembaga Tabung Haji dikenakan pengauditan awam tambahan berhubung teguran daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini kerana penyata kewangan institusi tersebut sentiasa diaudit mengikut piawaian yang ditetapkan sejak penubuhannya pada tahun 1963.
"Setiap tahun penyata kewangan Tabung Haji dihantar ke Jabatan Audit Negara.
"Kesemua proses pengauditannya telah mengikut piawaian perakaunan yang ditetapkan," kata Jamil khir.
Beliau menjawab soalan lisan dari Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan dari DAP yang menanyakan keperluan satu pengauditan awam dilakukan terhadap Tabung Haji berikutan daripada teguran daripada BNM.
Guan Eng turut meminta status aset serta liabiliti institusi tersebut ekoran daripada teguran sama.
Menurut Jamil Khir, teguran BNM hanya merujuk kepada sebahagian aset Tabung Haji.
"BNM dalam suratnya menyatakan nilai aset Tabung Haji cukup untuk bayar 98 sen bagi setiap seringgit liabiliti.
"Tabung Haji masih mempunyai aset-aset lain dalam bentuk pelaburan dalam anak-anak syarikat, syarikat bersekutu dan juga aset hartanah," jelas Jamil Khir.
Oleh itu, kata beliau, nilai aset keseluruhan Tabung Haji pada tahun 2015 adalah lebih RM60 billion di mana ia lebih tinggi daripada liabilitinya iaitu RM59.3 billion.
Selain itu, Jamil Khir turut memaklumkan keuntungan Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 adalah yang tertinggi sejak agensi itu ditubuhkan lebih lima dekad lepas iaitu keuntungan bersih mencapai RM3.53 billion.
Hafiz Marzukhi
Mon Mar 14 2016
Menurut Jamil Khir, setiap tahun penyata kewangan Tabung Haji dihantar ke Jabatan Audit Negara. - Gambar fail
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.