awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu sekat ibadah umrah, tingkat protokol perjalanan - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/12/2021
06:44 MYT
Tidak perlu sekat ibadah umrah, tingkat protokol perjalanan - Pakar
Kementerian Kesihatan perlu mengetatkan proses kuarantin seperti ditempatkan pengembara dari negara berisiko di pusat-pusat kuarantin. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes positif COVID-19 varian Omicron disahkan dari Arab Saudi.
Sebaliknya, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berpandangan protokol perjalanan pengembara perlu diteliti semula.
Ujarnya, ia termasuk mengetatkan proses kuarantin seperti ditempatkan pengembara dari negara berisiko di pusat-pusat kuarantin.
BACA: COVID-19: 306 sampel kes positif mungkin varian Omicron - Khairy
"Mungkin kita boleh melihat kembali beberapa protokol perjalanan keluar masuk negara dan memberi perhatian serius terhadap varian Omicron ini.
"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memberi perhatian berkait penguatkuasaan kuarantin wajib.
"Jadi, mana-mana individu yang memasuki negara, bukan sahaja melibatkan jemaah umrah, tetapi juga melibatkan pengembara yang masuk ke negara ini perlu dikuarantin wajib," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
COVID-19 | Ketatkan SOP dengan penularan varian Omicron
Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh kuarantin tersebut boleh disenaraikan sekali dalam pakej umrah, selain ia dilihat lebih memudahkan jemaah sekali gus mengurangkan risiko kes ingkar SOP kuarantin.
"Ia (kuarantin) boleh dimasukkan dalam pakej umrah kerana apabila ia sudah dimasukkan dalam pakej umrah, ia tidak akan menjadi satu isu yang besar.
BACA: Varian Omicron: Majoriti kes import dari Arab Saudi, pulang dari umrah
"Tidak lagi berlaku isu-isu sebelum ini di mana ada pengembara yang terlepas pandang, terlepas balik ke rumah.
"Kita tidak mahu orang ramai mengatakan bahawa aktiviti umrah menjadi punca Omicron meningkat kembali pada 2022," katanya.
Topic Berkaitan
#kes positif
#umrah
#COVID-19
#protokol perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan