PASIR SALAK: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu takut dengan kemungkinan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin.
Ini kerana, menurut Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, UMNO dan pemimpin parti pembangkang sebelum ini telah memberi jaminan tidak akan mengemukakan usul berkenaan terhadap kerajaan.
Kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO, sebagai sebahagian daripada kerajaan, parti itu telah membuat kenyataan bahawa ia tidak berminat untuk membawa undi tidak percaya.
“Begitu juga dengan kenyataan pemimpin pembangkang seperti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
"Jadi, tiada apa lagi yang perlu ditakuti. Sidang Parlimen boleh diadakan segera.
"Kerana Perdana Menteri telah diberikan jaminan, tidak akan ada undi tidak percaya dibawa terhadap kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua di kawasan Parlimen Pasir Salak, di sini, hari ini.
BACA: Buka Parlimen: Notis panggilan mesyuarat perlu segera dikeluarkan - Ketua Penerangan PKR
BACA: Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
BACA: Parlimen perlu bersidang sebelum darurat tamat 1 Ogos ini - Asyraf
Seramai 1,334 menerima bantuan itu yang terdiri dari petugas barisan hadapan di Balai Polis Langkap, Balai Polis Chui Chak, Balai Polis Labu Kubong, Klinik Kesihatan Langkap, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk setempat yang memerlukan.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar sesi persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.
Menurutnya, dengan pembukaan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen dapat berkongsi pandangan dan cadangan yang boleh dimanfaatkan untuk membantu kerajaan menangani pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi.
"Sekarang ini apa juga tindakan diambil sama ada berkaitan saringan dan vaksin, semuanya adalah idea pihak kerajaan.
"Wakil rakyat yang ada ini duduk, tengok sahaja, paling kurang pun, boleh hantar barang makanan.
"Jika dapat dibuka (sidang Parlimen) sepertimana dititahkan baginda, saya rasa kita boleh sama-sama ambil tindakan lebih berkesan dalam menghadapi COVID-19 dan kelangsungan hidup rakyat yang perit disebabkan wabak ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Tajuddin berharap, lebih banyak lokaliti bagi tujuan saringan COVID-19 dibuka di kawasan pedalaman bagi memudahkan penduduk kampung menjalani pemeriksaan kesihatan.
Katanya, ada sebahagian klinik kesihatan, seperti Klinik Kesihatan Langkap, tidak dijadikan lokaliti saringan COVID-19 menyebabkan penduduk terpaksa membuat saringan di tempat lebih jauh.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jun 19 2021
Tajuddin menyerahkan sumbangan Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua kepada penduduk di kawasan Parlimen Pasir Salak, di Pasir Salak, hari ini. - Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.
Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.
Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.
PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.
PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.
Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.
Tajuddin tolak penggantungan keahliannya
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak penggantungan keahliannya kerana berpendapat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dibuat berdasarkan tohmahan dan fitnah.